08 October 2011

Jangan Hampiri Zina! Part 1

ASSALAMUALAIKUM FELLOW READERS!
Hari tu,on 27th Oct aku pergi Kem Pemantapan (1 day).
Yepp. Kem tu memang best. Tapi dari pagi sampai petang dok dengar ceramah jelah..
Seb baik ustaz2 ceramah tu best.
Apa yang aku dapat dari kem ni?
Banyak jugaklah. Tapi aku tertarik sangat dengan satu buku comel ni..
Buku ni aku dapat masa kat kem.
Buku tu kecik je.. Tapi isi die, MANTAP!


nilah cover page nye..
meh aku cecite sikit isi die..

Q: Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum2 adakah itu menghampiri zina?
A: Ya, perbuatan itu boleh menjerumus kamu ke lembah perzinaan.


Q: Kami dapat mengawal perasaan kami dan tidak berniat ke arah itu.
A: Hari ini ya. tetapi esok mungkin kamu kecundang.Apabila berduaan antara lelaki dan perempuan , syaitan akan menghembus perasaan berahi. Perasaan ketika itu sukar untuk dikawal. Pintu perzinaan pun terbuka. Desakan nafsu semakin kuat. Iblis riang gembira melihat mangsa godaanya yang hampir terpedaya.


Q: "Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?"
A: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul. Ada zina TANGAN iaitu BERPEGANG-PEGANGAN. ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dgn perasaan BERAHI and sama lah jugak as melihat auratnya. Ada satu lagi zina iaitu zina hati, berkhayal dgn berahi bersama kekasihnya. Rasullullah bersabda: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh .Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalh berjalan menuju ketempat pertemuan.Mulut juga berzina dan zinanya ialah CIUMAN! (HR muslim dan abu daud)


Q: kami bincang pelajaran sahaja. Tak buat apa2 pun. Ni study group
A: Study group? tak kan berdua je? Nampak lain macam je,senyum memanjang tak mcm gaya tgh discussing pun.Takkan awak berdua tak ada perasaan apa2? kalau awak bedua tiada perasaan apa2, tentu awak kurang sihat? Ingat kita bukan malaikat, tak ada nafsu. jangan menafikan fitrah manusia.Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Q:kalau begitu, cinta remaja semuanya menghampiri kepada perzinaan?
A: Ya, kalau boy and girl bertemu tentu perasaan mereka terusik. kemudian perasaan dilayan. kemudian teringat dan rindu. kemudian pertemuan diatur. Selepas itu, duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sikit for PRIVACY. (privacy ye bang n cik kak?) Kemudian berbual panjang dan mengasyikkan. Usik mengusik bermula, jika merajuk ada yang merajuk. (Eeeee.. gelimakkk!) Hubungan semakin rapat, dah berani PEGANG TANGAN,duduk semakin dekat. kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam.. bukankah semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan wahai kawan-kawan ku!. Sedarlah, ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan dan kesengsaraan! kasihanilah diri sendiri dan ibubapa yang melahirkan kita, JANGAN DICONTENG ARANG KE MUKA MEREKA.


Q:Tanya sikit, adik angkat, abang angkat and all the terangkat-angkat boleh ke? ganti bercinta?
A: semua itu adalah tipu daya syaitan dan perangkap syaitan. hakikat dan matlamatnya adalah sama; suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Orang yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke perangkap syaitan. cuma menunggu masa untuk dikorbankan.


Q: Tentu ada cinta secara islam??
A; cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku selepas kahwin. Itulah cinta Qudus. Cinta yang bermaruah bukan cinta murahan dan jalanan. percayalah, apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, Allah berikan ''sesuatu'' sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

all credit goes to 'Jangan Hampiri Zina' by Sektor Pendidikan Islam.

No comments:

Post a Comment

LEAVE UR COMMENTAS HERE ;)