08 October 2011

Jangan Hampiri Zina Part 2

sambungan part 1 (disebabkan entry tu amat amatlah panjang kan)  
Yes, I admit , aku pernah lakukan benda tu jugak iaitu ZINA TANGAN.. i did it once when i was 13-14. Biasalah bila dah bercinta, tak sah kalau tak pegang2 kan. dengan siapa? biarlah Allah sahaja yang tahu. Moga Allah ampunkan dosa aku and budak tu. Amin. Sesungguhnya manusia tu tak lari dari kesalahan. Sama lah jugak dengan aku dan korang semua.

Sekarang ni, orang yang bertudung or not. Dah macam sama je. Bukan niat nak mengutuk. Tapi realiti kehidupan zaman sekarang ni.. Tengoklah dengan mata kepala korang sendiri. Yang bertudung pun dengan selamba je pegang-pegang tangan , peluk-peluk. Baik tanggalkan je tudung tu kalau setakat nak cover love bite kan. buat malu kaum yang bertudung macam aku ni ha.  Entahlah, kat mana je aku pergi mesti ada je maksiat. Baik kat sekolah, shopping mall, playground n etc.. Dah macam jadi trend kan pegang tangan tu? Bila aku tegur tulah jawapannya "standard ah tu.. pegang tangan je'' and ada yang cakap ''wah berceramah nampak!''
Itulah manusia, bila ditegur dikatanya kita malaikat lah, berceramah macam ustazah lah. Korang sedar tak? Aku tegur untuk kebaikan korang jugak! Kalau aku tak tegur aku berdosa tahu tak? Kenapa? Sebab aku seolah-olah menyokong apa yang korang buat tu! (errr...sorry terlebih emo pulak) bukan apa, aku sedih bila korang cakap macam tu.. Tak pelah yang penting aku dah melakukan tanggungjawab aku, korang nak berubah atau tak nak, itu korang punya pasal. aku tak paksa. Tapi yang paling menyedihkan, yang bertudung bermesraan dengan si boyfie and tunjuk tunjuk pulak to all the people on the net.
that is tayang tayang their love affection from the gambar. Kau tahu tak berapa banyak mata yang melihat korang punye kezinaan? And selagi gambar tu masih ada, selagi tu jugaklah korang kena tanggung dosa korang tu. 


So since aku form 2 ke form 1 tah.. aku start men-single-kan diri aku. why? ni lah sebabnya.. aku takut kalau2 terlanjur. aku tak nak malukan parent aku. Lebih baik mencegah kan? Kang bila dah sarat mengandung barulah nak ingat Tuhan. Tapi ada yang lagi teruk, buang je baby tu kat mana2 dorang nak. Tong sampah? x main lah.. Semak samun? no no no.. letak dalam beg? hei, dah ramai orang buatlah.. Campak from bangunan lah! apa lagi?! baru lah DRAMATIC! See.. punya lah cetek nya otak mereka ni.. Sanggup kan dorang? Membunuh anak yang dorang penat-penat kandung selama 9 bulan.. Kalau aku lah jadi kat tempat dorang ni.. Aku hantar je baby tu kat mana rumah anak yatim, rumah anak angkat or bagi kat sesiapa yang nak. 


So kepada you you and you readers kalau nak berubah, teruskan aku lagi galakkan.. Allah pun suka. Percayalah tak ada 'profit','benefit' and all the fit fit pun ber-couple ni. Penghujungnya adalah KEMUSNAHAN a.k.a clash.
So buat apa bercouple?. ending nya still clash jugak. bila dah nak clash menangis teresak-esak separuh mati. kan mencari padah namanya.. haissh.. ni sebenarnya pengalaman aku.. hahaha.. lawakkan? but yes.bila difikirkan balik, aku rase sangat-sangat lah bodoh sebab menangis sebab lelaki? eeww.. geli jee.. haha.. dah dah itu kisah lama!



Now aku dah single for years.. Yeah.. otak aku tak serabut lagi nak menjaga hati si dia. Hidup aku lebih tenang sekarang. CeeeWah ayat! tak boleh skema lagi ke? Tak perlu nak menjaga hati orang lain. Jaga diri sendiri and family sudah. Ini makan minum pun parent tanggung ada hati nak ber-boypren and ber-girlpren macam aku dulu =_='


sesiapa yang terasa, i'm sorry kay. 



Tips mengelak diri daripada terjebak dengan cinta

Katakan "TIDAK" pada cinta.
Katakan, "CINTA" itu MAKSIAT dan DOSA
Katakan "CINTA" itu menjatuhkan maruah
Oleh itu, JANGAN berkawan dengan orang dilamun cinta nanti terpengaruh
JANGAN membuka ruang diri untuk bercinta dan dicintai.
bila ada orang melafazkan kata "CINTA", katakan "Aku takut pada larangan ALLAH."
ingatlah, orang yang didesak oleh perasaannya untuk bercinta tetapi melawan perasaannya, iman dan hatinya sedang diuji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambanya berusaha mentaati-Nya.
ingatlah orang yang tinggi maruahnya tidak akan bercinta kecuali dengan pasangan yang sah selepas ijab kabul.
ingatlah, cinta remaja tidak kesampaian. Jika sampai kejinjang pelamin, ia menjadi HAMBAR.

Faedah cinta:

hilang tumpuan belajar
kekecewaan dan kegagalan 
keluh resah dan tidak tenang
HILANG MARUAH DIRI
kemusnahan diri
SESAT dari jalan yang lurus
TIADA RAHMAT DAN KEBERKATAN.

GOOD LUCK FELLAS! :D

    2 comments:

    LEAVE UR COMMENTAS HERE ;)